
KUCHING, 11 Januari– Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak terus menunjukkan trend peningkatan apabila 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini, melibatkan beberapa bahagian utama di negeri itu.
- Jumlah penduduk terjejas meningkat dengan 41 PPS dibuka di beberapa bahagian utama Sarawak.
- Serian dikenalpasti sebagai zon merah bencana, mendorong pemindahan ke PPS Ranchan dan Dewan Serbaguna SJKT Chung Hua Batu 29.
- Bahagian Sibu dan Bintulu merekodkan peningkatan pemindahan, melibatkan PPS Bukit Arip dan Dewan Suarah Bintulu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 penduduk daripada 1,175 keluarga.
Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 penduduk daripada 1,030 keluarga di 40 PPS, malam tadi.
Menurut JPBN Sarawak, antara PPS yang mencatat peningkatan pemindahan penduduk terjejas banjir adalah di bahagian Kuching, khususnya di daerah Serian yang dikenal pasti sebagai kawasan zon merah bencana, melibatkan PPS Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 29.
Selain itu, trend peningkatan turut direkodkan di bahagian Sibu dan Bintulu, masing-masing membabitkan PPS Bukit Arip dan PPS Dewan Suarah Bintulu. -BERNAMA