
KUALA KEDAH, 11 Januari – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke Port Padang Garam yang kini menjadi destinasi tarikan pelancongan baharu di Kuala Kedah.
- Raja Muda Kedah berkenan melawat Port Padang Garam untuk meninjau kemudahan pelancongan baharu.
- Baginda beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung semasa lawatan.
- Port Padang Garam dinaiktaraf oleh MBAS sebagai tarikan santai dengan laluan pejalan kaki dan jeti kecil.
Turut berangkat, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan anakanda baginda, Tunku Sulaiman Badlishah.
Keberangkatan tiba Tengku Sarafudin Badlishah dan Che Puan Muda Zaheeda disambut Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin.
Baginda berkenan meninjau kemudahan yang disediakan di Port Padang Garam serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung yang hadir.
Port Padang Garam telah dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menjadi tarikan pelancongan baharu yang santai, bersih, dan mesra pengunjung dengan kemudahan seperti laluan pejalan kaki dan jeti kecil.
Ia sesuai untuk aktiviti riadah, menikmati ‘sunset’ (matahari terbenam), dan tempat tumpuan komuniti setempat serta pelancong mencari suasana baharu pesisir pantai.