Malaysia–Turkiye perkukuh kerjasama dua hala hadapi cabaran geopolitik, ekonomi global

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden / BERNAMA


ANKARA, 7 Disember
-Malaysia dan Turkiye memperkukuh kerjasama dua hala dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi global yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan empat mata antara pemimpin Malaysia dan Turkiye untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
  • HLSCC berfungsi sebagai platform menilai dan menyemak kemajuan inisiatif kerjasama strategik.
  • Meneroka kerjasama baharu dalam perdagangan, pertahanan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.
  • Pertukaran dokumen utama termasuk MoU, perjanjian pelaburan, pembiayaan eksport dan perolehan kapal MPMS 2.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, di sini.

Pertemuan berkenaan turut menyentuh isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Usai pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (High-Level Strategic Cooperation Council – HLSCC) Malaysia–Turkiye.

Mesyuarat itu berperanan sebagai platform utama untuk menilai status kerjasama dua hala serta menyemak kemajuan inisiatif sedia ada.

Ia turut meneroka potensi kerjasama baharu merangkumi perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan dan keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan serta pertukaran antara masyarakat.

Selain itu, perbincangan juga melibatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin seterusnya dijadual menyaksikan pertukaran beberapa dokumen utama termasuk Memorandum Persefahaman.

Ia meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pelaburan, pembiayaan eksport, kerjasama antara badan pemikir serta Surat Setuju Terima perolehan sebuah Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.