Banjir Beaufort: Angka penduduk terjejas meningkat

BEAUFORT, 3 Januari – Angka penduduk terjejas banjir di Beaufort meningkat kepada 210 orang setakat pukul 12.00 tengah hari, berbanding 190 orang pada pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 210 orang setakat tengah hari.
  • Keluarga terlibat melibatkan 80 keluarga dari empat kampung terjejas.
  • Paras air Sungai Padas meningkat, menjangka lebih ramai terjejas.
  • Operasi pemantauan di kawasan berisiko banjir masih dijalankan.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, angka terbabit melibatkan 80 keluarga dari empat kampung terjejas.

Jumlah penduduk terjejas dijangka bertambah berikutan peningkatan paras air Sungai Padas.

Ketika ini, operasi pemantauan di kawasan berisiko banjir masih dilakukan.