Lebih RM600,000 wang dicuri sindiket penipuan, dipulangkan

KUALA TERENGGANU, 16 November – Polis Kontinjen Terengganu berjaya memulangkan RM629,124 atau 45 peratus daripada nilai wang yang dicuri sindiket penipuan atau scammer kepada mangsa sejak awal tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM perhebat tindakan rentas sempadan menumpaskan sindiket dadah antarabangsa menggunakan laluan laut dan kontena kargo.
  • Kerjasama risikan antarabangsa dengan AFP dan agensi lain menghasilkan rampasan besar dan penubuhan Joint Taskforce.
  • PDRM terus meningkatkan operasi dan pemantauan untuk meneliti rangkaian dikenal pasti serta tindakan susulan bersama agensi luar dan dalam negeri.
  • Ketegasan tiada kompromi terhadap pelaku jenayah dadah; polis memperkukuh risikan untuk melindungi keselamatan negara.

Pemulangan semula wang penipuan kepada mangsa merupakan yang tertinggi di seluruh negara iaitu 298 peratus berbanding nilai rampasan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas mangsa yang menghubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan NRSC menerusi talian 997.

NRSC mengaktifkan tindakan penyitaan akaun bank penerima mengikut Seksyen 435 Kanun Acara Jenayah dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan diterima.

Justeru orang ramai diharap dapat bertindak segera sekiranya merasakan menjadi mangsa penipuan scammer.

“Selepas proses laporan dibuat kepada 997, kita akan menjalankan siasatan dan membekukan akaun terlibat. Seterusnya, kita akan memohon perintah mahkamah, dan jika didapati wang dalam akaun itu diperoleh melalui penipuan, ia akan dipulangkan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu antara Superintenden Shahriman Shaari dengan Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Hanif Yusoff yang memangku jawatan itu sebelum ini.

Superitendan Shahriman sebelum ini bertugas sebagai DSP pegawai penyiasat siasatan pelaburan bersindiket JSJK Bukit Aman.