KUALA LUMPUR, 13 Oktober— Prinsip ‘Maqasid Shariah’ perlu dijadikan asas utama dalam memperkukuh tadbir urus dan integriti, khususnya dalam sektor kewangan Islam.
- Maqasid Shariah mesti jadi asas utama bagi memperkukuh tadbir urus dan integriti sektor kewangan Islam.
- Tumpuan kepada nilai, keadilan dan amanah perlu mengatasi semata-mata daya saing dan keuntungan.
- Kerjasama pemimpin, profesional, ahli akademik dan penjawat awam penting untuk memelihara objektif Syariah.
- Kegagalan tadbir urus sebelum ini menyebabkan kerugian besar, menuntut pembaikan segera dalam amalan kewangan.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata; ia memainkan peranan penting dalam ekonomi global.
Memandangkan sebelum ini negara telah mengalami kerugian berbilion ringgit akibat kelemahan tadbir urus dan amalan yang menyimpang daripada nilai keadilan serta amanah.
” Kita mesti bermula dengan isu tadbir urus yang baik, dan anda sentiasa perlu mengingatkan kami para pemimpin, golongan profesional, ahli akademik serta penjawat awam agar sentiasa bekerjasama untuk memastikan matlamat sebenar Maqasid, iaitu objektif tertinggi Syariah, terus terpelihara.Malah, dalam memperkenalkan instrumen kewangan, keseluruhan isu mengenai daya saing dan keuntungan tidak boleh mengabaikan kepentingan nilai, keadilan dan tadbir urus yang baik”
Beliau berkata demikian dalam ucaptama perasmian Persidangan Kewangan Islam Global 2025 (GIFF 2025) di ibu negara.
Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.