fb fb fb fb fb

Trofi Juara Asia Wanita: Skuad negara tumpaskan Korea Selatan

Foto Facebook MalaysianHockeyConfederation

KUALA LUMPUR, 15 November-Skuad hoki wanita bangkit daripada kekecewaan, dengan menumpaskan Korea Selatan 2-1 dalam kempen Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita 2024.

Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara yang diberi julukan Malaysian Tigress selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas, kepada India dan China pada kejohanan berprestij itu.

Tirai jaringan dibuka oleh Korea Selatan di bawah pada minit ke-15.

Malaysian Tigress bagaimanapun berhasil menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Zati Alyani Muhammad Zubir pada minit ke-36.

Bersambung suku keempat, skuad negara menggandakan gol apabila Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha pula, meledak jaringan padang pada minit ke-51, sekali gus meletakkan Malaysia di depan 2-1 hingga ke wisel penamat.

Keputusan itu menyaksikan Malaysian Tigress berada di kedudukan ketiga carta pusingan round robin, selepas tiga perlawanan.

Selepas ini skuad negara dijadualkan bertemu Jepun dan menutup kempen round robin menentang Thailand Ahad ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD