KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Enam wakil Malaysia akan meneruskan aksi suku akhir di Terbuka Artik di Vantaa Finland, hari ini.
Pemain profesional negara Lee Zii Jia akan berdepan wakil Jepun Koki Watanabe selepas menewaskan seorang lagi pemain negara itu Yushi Tanaka 21-11, 21-18 pada pusingan kedua, semalam.
Turut menempah tiket ke suku akhir, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah.
Kedua-dua pasangan itu akan berdepan pilihan keempat dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto serta Chang Ching Hui-Yang Ching Tun dari Taiwan.
Manakala gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula akan mencabar jaguh China Liang Wei Keng-Wang Chang.
Sementara itu, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin akan membuat perhitungan dengan satu lagi beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.