fb fb fb fb fb

Sukan SEA: Malaysia raih gangsa ketiga menerusi Taekwondo

Atlet poomsae, Chin Ken Haw merangkul pingat gangsa dalam acara gaya bebas individu / Facebook KBSMalaysia

BANGKOK, 10 Disember -Skuad taekwondo negara menghadiahkan pingat gangsa ketiga buat Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Pingat tersebut disumbangkan atlet poomsae, Chin Ken Haw, dalam acara gaya bebas individu di Fashion Island Shopping Mall.

Atlet berusia 21 tahun itu mengumpul 7.740 mata, sekali gus menduduki tempat ketiga di belakang wakil tuan rumah, Koedkaew Atchariya (8.100).

Pingat emas pula menjadi milik atlet Filipina, Justin Kobe Macario, dengan catatan 8.200 mata.

Ken Haw tetap berpuas hati dengan pencapaiannya pada penampilan kedua di Sukan SEA.

Atlet kelahiran Selangor itu menyifatkan, keputusan hari ini sebagai prestasi terbaik selepas melalui tempoh setahun yang mencabar.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN