fb fb fb fb fb

PM ucap selamat hari lahir buat Chong Wei

(Foto kenangan Ismail Sabri bersama Chong Wei/ FOTO FB Ismail Sabri Yaakob)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat hari lahir buat legenda badminton negara sempena ulang tahun kelahiran ke-40 pada Jumaat.

“'Happy birthday' (selamat hari lahir) legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei," ucap Perdana Menteri menerusi catatan di Facebooknya.

Menerusi catatannya itu juga, Ismail Sabri menyatakan beliau dan bekas pemain nombor satu dunia itu sangat rapat sejak mula menyandang jawatan selaku Menteri Belia dan Sukan pada 2008.

“Secara peribadi, Chong Wei dan keluarganya akrab dengan saya dan keluarga sejak saya menjadi Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan),” tulisnya.

Tambahnya, Chong Wei merupakan eorang legenda badminton yang menjulang nama negara ke persada dunia.

(Foto kenangan Ismail Sabri bersama Chong Wei/ FOTO FB Ismail Sabri Yaakob)

"Antara kejayaan beliau termasuk membawa pulang pingat Perak pertama Olimpik Malaysia pada kejohanan di Beijing tahun 2008, dan menjadi Pemain No 1 dunia.

"Walaupun sudah bersara, namun sumbangan beliau tidak pernah terhenti dan masih setia berbakti kepada dunia badminton negara.
Selamat ulang tahun, Chong Wei! Semoga terus berjaya!," tulisnya.



Media Baharu