PRN Johor : ‘Buggy’ mudahkan daftar pemilih warga emas

Kemudahan ‘buggy’ memanfaatkan kumpulan sasar

MERSING, 11 Julai – Perkhidmatan kereta ‘buggy’ yang disediakan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing memudahkan daftar pemilih seperti warga emas serta pengundi cedera menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tinjauan RTM melaporkan kemudahan itu memanfaatkan lebih 100 individu.
  • Rata-rata pengundi menghargai perkhidmatan yang disediakan dari pintu masuk utama.
  • Serman Wahab menyatakan penghargaan kerana kemudahan membantu mereka menunaikan tanggungjawab.
  • Pusat Mengundi SMK Mersing menyediakan tujuh saluran undi untuk N.32 Endau.

Tinjauan RTM mendapati kemudahan berkenaan memanfaatkan lebih 100 individu yang memerlukan, setakat 10 pagi.

Rata-rata menghargai perkhidmatan yang disediakan dari pintu masuk utama.

“Kami sangat menghargai kemudahan yang disediakan kerana memudahkan kami untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,”kata Serman Wahab.

Pusat Mengundi SMK Mersing ini mempunyai tujuh saluran undi bagi N.32 Endau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.