fb fb fb fb fb

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menduduki tempat keempat

Malaysia tewas 2-3 ke atas New Zealand dalam pertemuan di Stadium Hoki Azlan Shah, petang tadi

IPOH, 11 Mei- Malaysia hanya mampu berpuas hati di tempat keempat selepas tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi penentuan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 di Stadium Hoki Azlan Shah di sini hari ini.

Beraksi di hadapan lebih 5,000 penyokong, Speedy Tigers membuka jaringan awal pada minit ketiga menerusi gol padang Azrai Aizad Abu Kamal.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun tidak bertahan lama apabila New Zealand menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.

Tidak menunggu lama untuk mendahului permainan, Jonty Elmes menjaringkan gol kedua Black Sticks Men pada minit ke-10.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia terus mengadakan asakan.

Keghairahan anak buah Sarjit Kundan mencari jaringan dihukum New Zealand pada minit ke-48 selepas pasukan itu berjaya meraih jaringan ketiga.

Penghujung babak, Malaysia berjaya menambah jaringan menerusi Fitri Saari menjadikan kedudukan 2-3 sehingga tamat perlawanan.

SITI AISHAH MD ISA