KUALA LUMPUR, 19 April -Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini dalam fasa akhir persiapan untuk perlaksanaan teknologi VAR pada Mei ini.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata pelbagai fasa latihan VAR telah dibuat untuk membiasakan pengadil dengan kemahiran teknologi tersebut selain meminimumkan kesilapan.
"Buat masa sekarang kita ada VAR. Instruktor FIFA akan meluluskan pengunaan VAR. Kita ada seramai 22 pengadil telah ditauliahkan sebagai pengadil VAR. 20 penolong pengadil ditauliah sebagai pembantu pengadil video bantuan (AVAR), sembilan pengadil sebagai Replay Operator (RO) dan lima individu dari ASTRO ditauliah sebagai RO.
"Tambahan seramai 17 penolong pengadil dipanggil untuk menyertai Seminar VAR 2024", katanya di sini.
Sementara itu, Liga Bolasepak Amatur (AFL) sedia membuka pintu untuk Kelantan FC beraksi dalam saingan liga separuh profesional, A SATU.
Pengerusinya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berpendapat ia sebagai langkah untuk elak pasukan itu terkubur.
"Kalau kita masih lagi bagi peluang mereka bermain masih lagi pasukan ini ada dan pengurusan masih lagi bertanggung jawab untuk bayar, jadi adalah ruang untuk mereka membina balik pasukan, ada ruang untuk mereka menyelesaikan tunggakan gaji itu", kata Yusoff.
Jelas beliau, Kelantan FC diberikan tempoh sehingga 8 Mei untuk mengesahkan pendaftaran minimum 20 pemain bagi beraksi dalam Liga A 1.