
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Belanjawan 2027 sedang dirangka dan dijadual dibentangkan pada awal Oktober ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Proses penyediaan dokumen fiskal Belanjawan 2027 sedang giat dilaksanakan, menurut Perdana Menteri.
- Perdana Menteri memberi kenyataan ringkas kepada media ketika diminta mengulas Belanjawan 2027.
- Anwar enggan mengulas fokus serta keutamaan yang akan ditekankan dalam belanjawan tersebut.
- Kenyataan dibuat selepas beliau melancarkan Wacana Global Ekonomi Manusiawi 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini proses penyediaan dokumen fiskal mengenainya sedang giat dilaksanakan.
“Belanjawan pada awal Oktober, sedang dirangka sekarang dan kita baru mula merangka”, katanya ringkas kepada media ketika diminta mengulas berhubung Belanjawan 2027.
Datuk Seri Anwar bagaimanapun enggan mengulas fokus serta keutamaan yang akan ditekankan dalam belanjawan berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Wacana Global Ekonomi Manusiawi 2026: Mengembalikan Kemanusiaan demi Kemakmuran Bersama di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.