KPT perluas laluan pendidikan tinggi, tidak lagi terikat model ijazah konvensional – Adam Adli

Timbalan Menteri Pendidikan, Adam Adli Abd Halim / Kredit Foto/Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Julai –  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu memperluas laluan pendidikan tinggi supaya peluang melanjutkan pengajian tidak lagi terhad kepada model konvensional mengikuti program diploma atau ijazah di universiti awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi sedia ada harus dilihat sebagai pilihan utama memenuhi keperluan industri dan pasaran pekerjaan.
  • Melahirkan lebih banyak pekerja peringkat tinggi termasuk dalam teknologi tinggi melalui laluan pendidikan bukan hanya model konvensional.
  • Berikan ruang pendidikan tinggi lebih fleksibel sambil mengekalkan peranan awal IPTA untuk tawaran pengajian yang pelbagai.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi sedia ada perlu dilihat sebagai pilihan utama yang memenuhi keperluan industri serta pasaran pekerjaan.

“Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya tidak harus hanya jadi sebagai pilihan kedua. Sebaliknya harus dijadikan juga sebagai pilihan yang sesuai juga dengan keperluan industri, keperluan keperluan pasaran pekerjaan.

“Kerana untuk melahirkan lebih banyak pekerja di peringkat tinggi dalam juga teknologi tinggi, kenapa tidak? Saya kira itu antara jalan yang boleh kita buat.

“Di samping macam yang kita sebut tadi, peringkat awal mesti ada IPTA. Sekarang kita cuba ubah untuk agar peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi ini tidak hanya mengikut
kefahaman konvensional kita. Sebaliknya kita boleh cuba untuk bagi ruang lebih fleksibel agar banyak lagi peluang boleh ditawarkan”, ujar beliau.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Prof Datuk Seri Dr Noor Inayah Ya’akub berhubung usaha kerajaan menangani isu calon yang tidak mendapat tempat melalui Sistem Unit Pusat Universiti (UPU) Online di Dewan Negara hari ini

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.