NUREMBERG, 4 Jun - Pasukan Jerman terpaksa berpuas hati apabila sekadar seri 0-0 dengan Ukraine pada perlawanan persahabatan menjelang kejohanan Euro 2024.
Perlawanan tersebut mendapat sambutan hangat para peminat apabila tiket perlawanan yang dijual habis.
Lebih 44,000 penyokong yang hadir teruja pada perlawanan yang diadakan di Stadium Max-Marlock di sini.
Pada perlawanan berkenaan, pasukan Jerman di bawah kendalian Julian Nagelsmann mempamerkan aksi menarik dengan menguasai perlawanan namun gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Ukraine.
"Saya mempunyai perasaan bahawa pasukan ini inginkan kemenangan dan pasukan bermain dengan baik", kata Nagelsmann kepada stesen penyiaran Das Erste.
Pada 20 minit awal permainan, pasukan bermain baik dengan menguasai permainan dan sepatutnya sudah menjaringkan gol.
"Saya berasakan pasukan perlu lebih agresif", kata Nagelsmann.
Pada perlawanan tersebut, Nagelsmann menurunkan beberapa muka baharu seperti Pascal Groos, Maxi Beier,Robert Aldrich, Waldemar Anton dan Jonanthan Tah.
Peluang terbaik Jerman mendapatkan gol hadir pada separuh masa pertama apabila IIkay Gundogan gagal menanduk kemas bola hantaran Groos.
Peluang kedua juga turut disia-siakan Jerman pada minit ke-30 selepas rembatan pemain gantian Maxi Beier terkena tiang gol.
Sementara itu, penyerang veteran, Thomas Muller yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memuji impak yang dilakukan Beier, penyerang Hoffenheim yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris.
"Ia adalah percubaan terbaik yang dilakukan Beier.
"Anda memerlukan sedikit tuah bagi menjaringkan gol", kata Muller.
Pasukan Jerman bakal memulakan kejohanan Euro dengan menentang Scotland dan Hungary pada 19 Jun sebelum menamatkan perlawanan peringkat kumpulan A menentang Switzerland empat hari kemudian,-AFP