SEPANG, 16 Oktober-Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif sahkan Pelumba negara akan beraksi menerusi tiket wildcard pada Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia yang berlangsung 1 hingga 3 November depan.
"Saya difahamkan pelumba mereka sedang melakukan persiapan. insya-allah dalam masa terdekat ini syarikat itu akan mengumumkannya sendiri siapa yang akan raih tiket wild card itu.
"Saya tak ada maklumat lanjut berkenaan siapa pelumba yang akan mendapat peluang itu pada tahun ini. tapi yang saya tahu setakat ini memang ada penyertaan menerusi wild card untuk MotoGP", katanya di sini.
Tahun lalu, pelumba negara, Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar masing-masing meraih dua tiket wild card dalam kelas Moto TWO bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda Team.
Sementara itu, mengenai jualan tiket GP Malaysia, Shafriman akui ia mendapat sambutan menggalakkan.
Ini susulan inisiatif SIC bersama kerajaan pusat sebelum ini yang menawarkan tiket semurah RM49.90 untuk tempoh tiga hari perlumbaan.
"Jualan sedang mendadak kita tinggal 70 ke 80 peratus kita sudah menjual jadi ada sikit lagi untuk kita rancakkan penjualannya", katanya.