fb fb fb fb fb

Malaysia akhiri saingan renang terbuka di tempat kelima

Renang terbuka merupakan antara sukan terakhir dipertandingkan pada penghujung temasya dwitahunan itu.-Foto Bernama

BANGKOK, 20 Disember - Gandingan perenang negara Thong Zhen Ning, Lim Kai Yi, Ashley Soh Wern Yi dan Magdalene Lau Ing Siew menamatkan saingan acara renang terbuka berganti-ganti campuran Sukan SEA Thailand 2025 di tempat kelima daripada enam pasukan bertanding.

Perlumbaan berlangsung di Pantai Pinnacle Grand Jomtien, Chonburi hari ini menyaksikan kuartet negara menamatkan perlumbaan dengan catatan 1 jam 26.56 saat.

Vietnam mengungguli acara ini diikuti Singapura dengan perak manakala gangsa milik wakil tuan rumah.

Renang terbuka merupakan antara sukan terakhir dipertandingkan pada hari teakhir temasya dwitahunan itu, selain sepak takraw.

Upacara penutup Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, malam ini.-BERNAMA

ASHRIQ FAHMY AHMAD