fb fb fb fb fb

Langkawi City FC sasar empat pasukan terbaik Liga M3


LANGKAWI, 12 Februari - Pasukan Langkawi City FC menyasarkan misi empat pasukan terbaik bagi saingan  Liga Malaysia Divisyen 3 (M3) tahun ini.

Optimis mampu mencapai sasaran itu, Presiden Kelab Langkawi City FC, Rohizan Abdullah juga yakin dengan kemampuan pasukan yang rata-ratanya dibarisi anak jati pulau legenda itu.

Prestasi semasa anak buahnya yang baik dalam beberapa siri perlawanan persediaan sebelum ini mengukuhkan lagi keupayaan pasukan.

Ia termasuklah kejayaan terbaharu Langkawi City FC mengikat pasukan Perlis United dengan jaringan 1 sama.

Beliau ditemui pada majlis memperkenalkan pemain dan jersi Langkawi City FC sesi 2022, di sini.

Rohizan menjelaskan skuadnya juga komited memartabatkan sukan bola sepak di daerah Langkawi khususnya dan liga bola sepak tempatan.

Langkawi City FC akan mengharungi perlawanan pertama berdepan Sains FC di Paroi pada 19 Februari ini selepas perlawanan dengan NLFC MAHSA, 12 Februari lalu terpaksa ditangguhkan.

 

Media Baharu