KUALA LUMPUR, 29 Januari - Pasukan Kuala Lumpur (KL) Thunder turut cemerlang apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan (NS) Antlers 2 - 0, malam tadi.
Ini membolehkan KL Thunder naik ke kedudukan kedua carta Premier, STL 2021/2022.
KL Thunder yang merupakan juara bertahan, beraksi dengan baik apabila menang 21-11 di set pertama dan terus cemerlang di set kedua menumpaskan NS Antlers 21-13 .
Skuad di bawah kendalian jurulatih Rashidi Nordin itu sedang mengekori rapat pendahulu liga, ATM Guardians dengan mengumpul 14 mata.
Setakat ini, KL Thunder mengutip 12 mata daripada enam pertemuan sementara ATM Guardians pula mencatat 14 mata hasil daripada tujuh kemenangan tanpa kalah.
Manakala Negeri Sembilan Antlers pula kekal di tangga kelima liga dengan 8 mata hasil daripada empat kemenangan.