fb fb fb fb fb

Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 membuka tirai malam tadi

AYER KEROH, 27 Julai- Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 membuka tirai secara rasmi malam tadi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Perasmian kejuaraan kali ke-19 itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Lebih 500 peserta dari 40 negara akan menyertai kejuaraan kali ini, antaranya India, Pakistan, Kazakhstan, Belanda dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 32 acara dipertandingkan antaranya tempur, regu, solo dan tunggal kategori lelaki dan wanita.


(Persembahan silat semasa pembukaan Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022)

Presiden PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, kejuaraan ini dilihat masih tetap menerima sambutan menggalakkan dari negara-negara ahli di bawah Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), meskipun tertangguh dua tahun susulan pandemik COVID-19.

Katanya, Ia juga membuktikan silat juga menjadi antara aktviti seni bela diri yang mampu mengeratkan hubungan antara pelbagai negara.

Beliau berucap pada Pembukaan Kejuaraan berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), Datuk Seri Prabowo Subianto.

Media Baharu