fb fb fb fb fb

Kejohanan Silambam Terbuka Asia 2024, atlet Pulau Pinang raih 12 emas

Dr. M. Suresh

BAYAN LEPAS, 30 Disember- Atlet Silambam Pulau Pinang berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih 12 emas pada Kejohanan Silambam Terbuka Asia 2024 di Qatar.

Presiden Persatuan Silambam Malaysia, Dr. M. Suresh, berkata pasukananya hanya menyasarkan enam emas pada awalnya namun menggondol dua kali ganda daripada sasaran.

Biarpun berdepan saingan sengit daripada India dan Qatar, Malaysia berjaya menewaskan kedua-duanya dalam acara final.

"Kami tidak menjangkakan kesemua emas, tetapi pasukan membolot kesemuanya dan muncul sebagai johan. Pada awalnya kita hanya menyasarkan enam emas, tetapi kita berjaya bolot 12 pingat emas. Ia dua kali ganda daripada yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ketibaan Juara Asia Pertandingan Silambam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini.

Dalam pada itu Malaysia juga merancang untuk menganjurkan Kejohanan Silambam Antarabangsa 2025 di Pulau Pinang.

Ia dijangka akan disertai 12 negara termasuk Switzerland, Jerman, dan United Kingdom (UK), kejohanan itu dijangka menjadi platform utama untuk mempromosikan sukan silambam di peringkat dunia.

"Tahun 2025 kita rancang untuk melaksanakan kejohanan antarabangsa di Pulau Pinang. Jadi memang tepat pada masanya untuk Pulau Pinang menghantar atlet lagi dan saya rasa kejohanan kali ini akan lebih meriah.

"Mereka yang menang kali ini sudah pasti akan mewakili negara kejohanan antarabangsa nanti. Kita mengharapkan lebih banyak pingat emas dan diharapkan kita boleh jadi juara keseluruhan sekali lagi," katanya lagi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI