fb fb fb fb fb

KBS fokus kembalikan sukan negara ke landasan - Adam Adli

PUTRAJAYA, 12 Disember- Kementerian Belia dan sukan (KBS) akan memfokuskan untuk membawa kembali sukan ke landasan yang tepat selepas terkesan akibat COVID-19.

Timbalan menterinya, Adam Adli Abd Halim menyatakan antara kesan yang akan diberi perhatian seperti latihan, prestasi dan kebajikan buat atlet negara.

KBS juga akan membantu sedikit sebanyak dalam membangkitkan kembali sukan dalam negara ini selepas tertinggal hampir dua tahun.


(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli )

"Cabarannya adalah untuk memastikan semuanya kembali kepada yang dirancang, selepas terkesan dengan COVID-19 yang banyak memberi impak kepada aktiviti sukan, baik dari segi latihan, prestasi mahupun juga sedikit sebanyak kebajikan para atlet yang paling sangat terkesan.

"Begitu juga dengan penganjuran-penganjuran tertentu, dimana banyak temasya sukan yang saya percaya sekarang mula bangkit kembali dan kita harus memberi sedikit penambahbaikan dan sentuhan selepas ketinggalan dua tahun dibawah COVID-19 yang banyak memberi kesan negatif dalam bidang ini, dan ini menjadi tanggungajwab KBS untuk memastikan kesemua aktiviti sukan terbesar kembali aktif dan memanfaatkan rakyat dan negara," katanya dalam sidang media selepas mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama melapor diri di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Abdullah Hasan dan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.

Tambah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu kementerian akan meneliti masalah yang menjejaskan konteks didalam KBS berkaitan prestasi dalam bidang sukan mahupun perkembangan golongan belia.

Sebelum itu beliau dan beberapa timbalan menteri yang lain menghadiri satu mesyuarat ringkas bersama Perdana Menteri bagi mendengar taklimat sebelum memulakan tugas.

Media Baharu