fb fb fb fb fb

Euro 2024: Sepanyol teruja untuk tewaskan barisan bintang England

Foto AFP

DONAUESCHINGEN, 13 Julai- Pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo akui pasukannya berada dalam prestasi terbaik untuk meraih gelaran juara Euro 2024 musim ini.

Pemain tengah RB Leipzig itu bagaimanapun tidak memandang rendah kemampuan England namun sedia beri tentangan hebat kepada skuad kendalian Gareth Southgate.

"Secara peribadi, saya dalam prestasi terbaik dan sangat bersedia daripada segi fizikal dan mental. Kami akan ambil segala peluang untuk meraih gelaran juara dan kami benar-benar menantikan ia (perlawanan) akan datang," kata Olmo kepada AFP.

Sepanyol ketika ini memegang rekod gelaran juara Euro terbanyak dengan tiga trofi.

Gelaran juara diraih semasa menjadi tuan rumah pada tahun 1964, 2008 di Austria dan Switzerland serta 2012 di Poland dan Ukraine.

Sementara itu, penyerang England, Ollie Watkins berpendapat pemain sayap Sepanyol, Nico Williams dan Lamine Yamal bakal memberi masalah kepada benteng pertahanan skuad The Three Lions.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan keampuhan benteng pertahanan diketuai John Stones.

"Jelas sekali Nico Williams dan Lamine Yamal beraksi dengan penuh keyakinan
sepanjang kempen."

"Namun perlu tahu, England juga menjaringkan gol di semua posisi dan dibarisi pemain bintang. Ia bakal menjadi perlawanan sangat menarik.

Menurut rekod, ia merupakan pentas akhir kedua berturut-turut buat England.

Ketika ini, England masih belum memenangi sebarang kejuaraan di pentas Euro 2024.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM