Angka korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 4,734 orang

Pasca gempa bumi berkembar di Venezuela / Foto REUTERS
WASHINGTON, 15 Julai – Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 4,734 orang, kata Presiden Dewan Kebangsaan Jorge Rodriguez pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.
Rodriguez berkata seramai 16,740 orang turut cedera.
Beliau berkata pihak berkuasa telah menyalurkan bantuan kepada 128,324 keluarga serta membuka 107 pusat perlindungan sementara yang menempatkan 20,903 orang, manakala 17,907 lagi masih belum mempunyai tempat tinggal kekal.
Gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan, termasuk 190 yang runtuh.
Dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun. – BERNAMA-ANADOLU
RINGKASAN BERITA AI
  • 16,740 orang cedera akibat dua gempa.
  • 128,324 keluarga terima bantuan; 107 pusat perlindungan menempatkan 20,903 orang, 17,907 masih tiada tempat tinggal tetap.
  • 856 bangunan rosak, termasuk 190 runtuh; gempa berskala 7.2 dan 7.5 berlaku pada 24 Jun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.