Eksploitasi identiti rasmi: PDRM beri amaran tegas kepada pihak guna tujuan komersial

PDRM beri amaran kepada pihak guna identiti rasmi tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Mana-mana pihak yang menggunakan nama, lambang, imej pegawai atau identiti rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan komersial tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggunaan identiti rasmi PDRM untuk promosi, pemasaran atau pengiklanan tanpa kelulusan dipandang serius.
  • Tindakan boleh menimbulkan persepsi mengelirukan bahawa produk atau perkhidmatan mendapat sokongan rasmi PDRM.
  • Kesalahan boleh disiasat termasuk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; PDRM komited memelihara integriti dan kredibiliti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, penggunaan identiti rasmi PDRM bagi tujuan promosi, pemasaran, pengiklanan atau aktiviti komersial tanpa kelulusan merupakan perbuatan yang dipandang serius.

Menurut beliau, tindakan itu boleh mewujudkan persepsi mengelirukan kepada masyarakat seolah-olah sesuatu produk atau perkhidmatan mendapat sokongan rasmi daripada PDRM.

“Identiti rasmi PDRM merupakan aset institusi yang perlu dipelihara dan tidak boleh dieksploitasi bagi memperoleh keuntungan atau mewujudkan persespi yang mengelirukan.

“Mana-mana pihak yang menggunakan identiti rasmi PDRM secara tidak sah atau bagi tujuan yang mengelirukan sehingga mewujudkan persepsi bahawa PDRM mengendors sesuatu produk atau perkhidmatan boleh disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Khalid, tindakan itu termasuk siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], tertakluk kepada fakta kes dan elemen kesalahan yang berjaya dibuktikan.

“PDRM kekal komited memelihara integriti, kredibiliti dan identiti rasmi pasukan serta memastikan setiap bentuk kerjasama dengna pihak luar dilaksanakna secara telus dan profesional,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.