fb fb fb fb fb

CIMB jalin kerjasama dengan Ascaro, anjur CIMB Padel Open 2026

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memeterai kerjasama strategik dengan Ascaro dalam penganjuran CIMB Padel Open 2026/Foto CIMB

KUALA LUMPUR, 19 November – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memeterai kerjasama strategik dengan Ascaro dalam penganjuran CIMB Padel Open 2026, menandakan penyertaan pertama bank tersebut dalam sukan padel yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank, Gurdip Singh Sidhu berkata sukan padel kini semakin popular dan CIMB melihatnya sebagai peluang untuk memperkenalkan sukan baharu itu kepada pelanggan.

Beliau berkata Ascaro, selaku kelab padel pertama di Kuala Lumpur, merupakan rakan strategik terbaik bagi memperluaskan pengenalan sukan tersebut kepada masyarakat di ibu negara dan seluruh Malaysia.

1911 SKN CIMB PADEL OPEN 2Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank, Gurdip Singh Sidhu/RTM

“CIMB sebagai sebuah kumpulan perbankan telah lama dikaitkan dengan pelbagai sukan seperti berbasikal bersama Datuk Azizulhasni Awang, skuasy bersama Datuk Nicol David sebelum ini dan kini S. Sivasangari. Itu sebahagian daripada fokus kami dalam membangunkan atlet sedang meningkat naik serta industri sukan negara, selain memberikan manfaat kepada pelanggan.

“Dalam kerjasama ini, pelanggan CIMB Preferred ditawarkan pelbagai keistimewaan seperti akses khas tempahan gelanggang, diskaun istimewa serta penyertaan dalam CIMB Padel Open tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatangani kerjasama berkenaan di ibu negara.

Menerusi inisiatif tersebut, pelanggan CIMB turut menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif di gelanggang padel Ascaro di 1 Utama, manakala lokasi baharu di TREC Kuala Lumpur bakal dibuka tidak lama lagi.

Selain itu, pemegang kad kredit dan debit CIMB akan menerima diskaun 15 peratus bagi langganan keahlian Gold & Black di Ascaro Padel & Social Club apabila pembayaran dibuat menggunakan kad CIMB.

Pelanggan CIMB Preferred pula ditawarkan keistimewaan premium termasuk akses gelanggang percuma, barangan eksklusif serta jemputan ke acara terpilih.

Sebagai usaha menggalakkan penyertaan lebih meluas dalam CIMB Padel Open 2026, pemegang kad CIMB akan menerima diskaun yuran penyertaan, manakala pelanggan CIMB Preferred turut diberikan slot percuma, akses ke lounge eksklusif serta barangan kejohanan.

Kejohanan selama tiga hari yang dijadual berlangsung pada Jun 2026 itu dijangka menghimpunkan lebih 200 pemain merangkumi kategori amatur dan profesional.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN