fb fb fb fb fb

CARSOME serah 15 kenderaan kepada FAM, pertingkat mobiliti pasukan

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 22 Mei- Penyerahan 15 buah kenderaan pelbagai jenama oleh rakan automotif rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), CARSOME adalah sebagai tanda komitmen tinggi dalam meningkatkan kesediaan pasukan kebangsaan serta pengurusan badan induk berkenaan.

Menurut Exco FAM, Datuk Mohd Husamudin Yahaya, langkah itu amat penting dalam memastikan kelancaran urusan rasmi skuad negara serta pegawai menerusi kemudahan mobiliti yang baik.

“Kita akan bagi kereta ini kepada jurulatih, juruterapi, kakitangan untuk bergerak ke stadium. Mungkin juga kita boleh perluas kepada pasukan pengadil untuk mengurangkan kos.

Kos-kos pengangkutan ditanggung oleh FAM ataupun MFL. Jadi, kita akan gunakan kereta ini sebaik mungkin," ujarnya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Kenderaan Rasmi FAM dan Pelancaran CARSOME Autofair 2025, di sini.

Husamudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM menekankan kerjasama itu turut menjadi sebahagian daripada inisiatif syarikat berkenaan dalam memperkukuh pembangunan peribadi dan profesional jangka panjang pemain serta kakitangan FAM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Tuan Jefri Ngadirin dan legenda bola sepak negara Datuk Zainal Abidin Hassan, yang juga kini Exco FAM.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM