fb fb fb fb fb

PRK KKB: Loke ucap terima kasih kepada BN, GPS

Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuktikan keutuhan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kemenangan itu bukti kekuatan melalui kesepakatan kempen antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan

"(PRK KKB) kali ini telah menunjukkan satu kesepakatan dalam kempen kita yang cukup baik, khususnya jentera PH, BN dan GPS yang bersama-sama untuk membantu," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan PKR ke-25 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN
Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu kekal milik PH, Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi
KKB kekal milik PH, Fahmi ucap terima kasih kepada pengundi
PRK KKB lancar tanpa sebarang insiden

SITI AISHAH MD ISA