fb fb fb fb fb

PRK KKB: Sock Toa ikrar tunai semua manifesto

Pang Sock Toa/Foto Bernama

HULU SELANGOR, 11 Mei- Pang Sock Tao hari ini berikrar untuk menunaikan segala janji manifesto yang dikemukakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu (KKB).

Sock Tao, 31, juga berterima kasih kepada semua pengundi atas kepercayaan yang diberikan dan berazam akan meneruskan legasi bekas penyandang, Lee Kee Hiong demi kesejahteraan rakyat. 

"Saya dan pasukan saya akan bekerja keras merealisasikan manifesto yang ditawarkan kepada warga KKB.

"Terima kasih juga semestinya kepada semua pengundi, saya adalah wakil rakyat anda semua tidak kira latar belakang, kaum dan agama. Saya sedia berkhidmat kepada semua," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diumumkan sebagai wakil rakyat baharu KKB di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, malam ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang telah bekerja keras sepanjang tempoh 14 hari berkempen.

Sock Toa yang bertanding atas tiket PH mewakili Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya, Khairul Azhari Satu (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

ARTIKEL BERKAITAN
Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu kekal milik PH, Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi
KKB kekal milik PH, Fahmi ucap terima kasih kepada pengundi
PRK KKB: Loke ucap terima kasih kepada BN, GPS
PRK KKB lancar tanpa sebarang insiden

SITI AISHAH MD ISA