fb fb fb fb fb

PRK DUN KKB: Polis Selangor jamin keselamatan pengundi

S Sasikala Devi

SELANGOR, 24 April- Polis Selangor sentiasa bersedia dan telah melakukan persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei depan.

Timbalan Ketua Polisnya, Datuk S Sasikala Devi berkata, seramai 642 pegawai dan anggota daripada kontinjen Selangor telah bersiap siaga bagi tujuan itu.

Pihaknya memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan hari mengundi adalah pada tahap terbaik.

"Polis ditugaskan di lokasi-lokasi seperti pusat mengundi, menjaga saluran (mengundi), pusat penjumlahan undi dan kawalan keselamatan.

"(Sehubungan itu) polis memberi jaminan keadaan keselamatan hari mengundi adalah pada tahap terbaik. Orang ramai diminta keluar mengundi tanpa sebarang keraguan berkaitan keselamatan," katanya pada sidang media di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei, manakala Hari Penamaan Calon pada 27 April dan Hari Pengundian Awal, 7 Mei.

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

ARTIKEL BERKAITAN
ADUN Kuala Kubu Bharu meninggal dunia
Hari mengundi DUN N06 Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei
Pilihan raya Kuala Kubu Baharu: Jentera kempen PKR diaktifkan di peringkat negeri
BN tiada isu berkenaan calon pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu
PRK Kuala Kubu Baharu : PM nafi dakwaan MIC tidak beri sokongan kepada calon kerajaan

SITI AISHAH MD ISA