PETALING JAYA, 22 April- Jentera kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diaktifkan di peringkat negeri sebagai persiapan mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.
Menurut Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, sebagai komponen dalam Pakatan Harapan (PH), parti itu akan memberi kerjasama terbaik bagi membantu gerak kerja calon DAP sepanjang tempoh pilihan raya.
"Saya difahamkan PM pun ada bercakap dengan beberapa parti lain termasuk dalam Barisan Nasional, sebagaimana apabila dalam PRN tempoh hari pun, pendekatan kita masuk sebagai Kerajaan Perpaduan, memang ini kerusi Pakatan Harapan, tetapi kita pergi sebagai satu sebab kita berdepan pun dengan Pakatan Nasional jadi bagi peringkat kita.
"Kita ambil pendekatan bahawa kita akan kempen bahawa meletakkan usaha sehabis baik untuk kemenangan itu menjadi milik bersama", katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.
Tambah beliau, pihaknya akan turut memastikan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan menyumbang terhadap gerak kerja semasa berkempen.
Dalam pada itu, mengulas mengenai calon, beliau menjelaskan perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat sebelum dibawa ke Majlis Presiden PH dan Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan.