fb fb fb fb fb

PRK DUN Kuala Kubu Bharu :UMNO sokong siapa sahaja calon- Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2024 UMNO Bahagian Hulu Selangor / Foto BERNAMA

KUALA KUBU BAHARU, 21 April - UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei depan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, prinsip UMNO adalah menghormati kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti komponen dalam kerajaan.

"Prinsip Umno adalah menghormati. Kerusi kerusi.Yang telah dimenangi oleh rakan rakan dalam parti parti komponen Kerajaan perpaduan.

"Maka keputusan yang dibuat ialah kita akan menyokong sesiapa sahaja calon atas nama Kerajaan perpaduan yang akan diumumkan oleh Pengerusi Kerajaan perpaduan", ujar Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut berharap agar keharmonian politik setiap parti komponen dapat dipupuk dan dipelihara di bawah payung kerajaan Perpaduan dengan mencari titik persamaan.

"Saya fikir kita harus berada di dalam keadaan harmoni politik di peringkat negeri atau peringkat pusat.

Perkara perkara ini hendaklah kita selesaikan.Ini akan mempermudahkan Perdana Menteri selaku pengerusi Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan.

"Insya-Allah jika ada perbezaan-perbezaan, ia akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling terbaik", katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2024 UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD