JOHOR BAHRU, 21 April- Barisan Nasional (BN) belum memperincikan sebarang keputusan sama ada mahu calon daripada gabungan politik tersebut bertanding atau sebaliknya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Baharu pada 11 Mei depan.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan di peringkat tertinggi parti sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Perkara-perkara macam itu biarlah kita bawa perbincangan di peringkat tertinggi Barisan Nasional adalah tak wajar dan tidak akan ada apa-apa hasil.
"Kalau ianya di bincang hanya di peringkat luar daripada platform yang sewajarnya. Sebab apa pun kita tunggu biarlah di peringkat tertinggi bincang dan buat keputusan baru kita maklumkan," semasa Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.
Beliau yang juga Ketua Umno Pasir Gudang mengakui kerjasama politik antara BN dan Pakatan Harapan (PH)selama dua tahun ini amat baik dan pengalaman tersebut membuatkan kedua-dua pihak lebih memahami.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu ditetapkan pada 11 Mei depan dan 27 April sebagai hari penamaan calon susulan kematian penyandangnya Kee Hiong pada 21 Mac lalu.