fb fb fb fb fb

PAS menang di PRK Kemaman dengan majoriti 37,220 undi - SPR

Peratusan keluar mengundi bagi PRK itu adalah sebanyak 65.76 peratus

KEMAMAN, 2 Disember - Calon Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat undi sebanyak 27,778 dengan majoriti 37,220.

Keputusan rasmi PRK Perlimen Kemaman diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini.

Peratusan keluar mengundi bagi PRK itu adalah sebanyak 65.76 peratus.

Pilihan Raya Kecil itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon PAS, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN