TENOM, 8 November - Belia disaran menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan keluar mengundi bagi menyemarakkan lagi amalan demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurul Izzah Anwar berkata tanggungjawab itu juga penting demi masa depan golongan belia yang akan lebih merasai kesannya pada masa akan datang.
“Ini masa depan anak-anak muda. Pilihlah, kerana inilah masa depan orang Sabah itu sendiri, sama ada daripada segi pembangunan, pendidikan, kesihatan mahupun infrastruktur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Jelajah Harapan Urang Sabah di sini.
Tambahnya, belia juga disaran bijak menyemak dan merujuk kepada fakta sebenar serta sahih, memandangkan golongan berkenaan lebih terdedah kepada pelbagai kandungan di media sosial.