fb fb fb fb fb

Kempen PRU DUN Sabah Ke-17 bermula, semua pusat penamaan ditutup 10 pagi

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) N12, mengemukakan borang pencalonan pada proses penamaan calon PRU DUN Sabah Ke-17, Sulaman di Dewan Seri Sulaman hari ini / BERNAMA

KOTA KINABALU, 15 November - Kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (DUN) Sabah Ke-17 secara rasmi bermula hari ini, susulan penutupan semua 25 pusat penamaan calon pada pukul 10 pagi, selepas dibuka selama satu jam.

Penutupan proses penamaan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap pusat, dengan keseluruhan proses berjalan lancar serta terkawal.

Tiada insiden provokasi dilaporkan hasil pemantauan rapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 25 November, manakala 29 November sebagai hari mengundi.

Menerusi tempoh kempen selama 14 hari, ia berlangsung mulai hari ini sehingga pukul 11.59 malam pada 28 November.

Secara keseluruhan, seramai 1,784,843 pengundi layak menunaikan tanggungjawab, terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE