fb fb fb fb fb

ADUN Kuala Kubu Bharu meninggal dunia

Mendiang Lee Kee Hiong

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi tadi.

Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemergian mendiang Lee adalah satu kehilangan yang amat besar kepada parti DAP Selangor dan kerajaan negeri.

"Mendiang merupakan seorang wakil rakyat dan pemimpin wanita yang berprinsip dan berdedikasi.

"Lee Kee Hiong telah menyandang kerusi Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu lebih 10 tahun. Butiran upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian,"katanya.

Ng turut memaklumkan, dia akan mengetuai jawatankuasa pengurusan pengebumian bagi membantu ahli-ahli keluarga mendiang.

Jawatankuasa tersebut turut akan dikoordinasikan oleh Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor Yeo Bee Yin.

"DAP Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,"kata Ng.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE