fb fb fb fb fb

PRK DUN KKB: Khairul Azhari Saut diumum calon PN

Khairul Azhari Saut, 54, calon PN bagi PRK DUN KKB

BATANG KALI, 26 April- Perikatan Nasional (PN) menamakan pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pengumuman Calon PRK Kuala Kubu Bharu di sini, malam tadi.

Khairul Azhari, 54, merupakan anak jati tempatan berasal dari Felda Sungai Tengi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Beliau seorang ahli perniagaan Global Valley Venture Sdn Bhd serta graduan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Khairul Azhari pernah bertugas sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor, Pengurus Besar, Petrogas Resources , Head Of Oil & Gas Dept, Damini Corp dan Finance Executive, Bursa Malaysia

Turut hadir pada majlis itu, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengerusi BERSATU Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, diikuti hari pengundian pada 11 Mei.

2604 CALON PN KKB 2
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 
Khairul Azhari Saut

ARTIKEL BERKAITAN
PRK DUN KKB: Keputusan MCA tak ganggu jentera Kerajaan Perpaduan - Fahmi
PRK KKB: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal
PRK KKB, Pang Sock Tao diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan
PRK DUN KKB: Polis Selangor jamin keselamatan pengundi
ADUN Kuala Kubu Bharu meninggal dunia

SITI AISHAH MD ISA