fb fb fb fb fb

Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka

Beberapa laluan utama menghala ke Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor yang bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor ditutup hari ini

KUALA KUBU BHARU, 27 April - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pukyl 9.00 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon berlangsung selama satu jam hingga 10.00 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yuhanas Auree Kamaruddin.

Sementara itu calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao tiba di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor bersama-sama penyokong dan pencadangnya pada Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu.

Turut kelihatan ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan juga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Selain itu, Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut bersama-sama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

PRK KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi sebanyak 4,119.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei manakala pengundian awal pada 7 Mei.

PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

TETITIA YUSOFF