fb fb fb fb fb

PRK KKB, Pang Sock Tao diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan

Foto FB DAP

KUALA KUBU BHARU, 24 April- Setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pang Sock Tao diumumkan secara rasmi sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu.

Wanita yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), berusia 31 tahun dan merupakan anak jati Selangor itu juga pernah bertugas sebagai penyampai berita untuk Ubah TV sebuah saluran video milik DAP.

Beliau mempunyai pengalaman politik sejak tahun 2017 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dengan Kepujian dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 

"Saya percaya dengan pengalaman saya bersama Kementerian Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberi inspirasi kepada saya sekali gus akan membawa perkembangan positif di Kuala Kubu Bharu," kata Pang kepada pemberita, hari ini.

Pengumuman wakil calon itu dibuat oleh Setiausaha DAP, Anthony Loke, malam tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM