fb fb fb fb fb

Nahas TLDM: Muhammad Faisol dikebumi di kampung halaman, Sik

Jenazah Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun tiba di rumah kakak sulungnya, Noryani Tamadun, 50, untuk memberi ruang kepada ahli keluarga dan rakan memberi penghormatan kali terakhir selepas tiba dari Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kampung Tanjung di sini hari ini/BERNAMA

SIK, 24 April- Jenazah Pegawai Waran II, Allahyarham Muhamad Faisol Tamadun 36, yang terlibat dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sik Dalam, Sik.

Urusan pengebumian selesai kira kira pukul 10.30 malam tadi.

Jenazah allahyarham sebelum itu, tiba kira-kira kira pukul 9.00 malam dan dibawa menggunakan van TLDM terus ke Masjid Al Mudtadin, Kg Sik Dalam untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Solat jenazah dipimpin Imam Masjid Mudtadin, Ustaz Abdullah Taib.

Suasana sedih dan hiba apabila lebih 1000 orang terdiri dari saudara mara dan rakan taulan allahyarham berada di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah allahyarham dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan.

Hadir memberikan penghormatan terakhir, Panglima Wilayah Laut Tiga, TLDM Laksamana Pertama Roslee Mohd Isa.

Selesai pengebumian, Laksamana Pertama Roslee menyampaikan Jalur Gemilang kepada abang allahyarham, Mohd Tarmizi Tamadun. Turut berada disisi, salah seorang anak allahyarham, Nur Sya Indah Aulia Mohamad Fisol 10 tahun.

ROSLINA BINTI DIN