fb fb fb fb fb

Joohari yakin mampu raih kejayaan dalam PRK Sungai Bakap

Dr Joohari Ariffin

SUNGAI BAKAP, 28 Jun- Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yakin mampu meraih kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Ia berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat yang ditunjukkan menerusi setiap kempen yang disertainya.

Katanya, jika momentum ini berterusan sudah pasti mampu menjadi wakil penduduk Sungai Bakap menjelang 6 Julai nanti.

"Saya rasa kempen kita semakin positif, pengundi-pengundi yang kita jumpa melahirkan rasa kepercayaan kepada kita.

"Saya percaya kalau momentum ini berterusan kita akan dapat mencapai kejayaan dalam pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan 'walkabout' di Sungai Duri di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Joohari juga berkongsi menerima maklum balas positif dan tiada pengundi yang menolak kehadirannya sepanjang tempoh berkempen setakat ini.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM