fb fb fb fb fb

Joohari berpotensi ambil alih Sungai Bakap - Aiman Athirah

Datuk Aiman Athirah Sabu.

SUNGAI BAKAP, 28 Jun- Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berpotensi mengambil alih kawasan itu.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu.

Katanya, keyakinan tersebut berikutan kesungguhan kerjasama erat antara parti Kerajaan Perpaduan PH-Barisan Nasional (BN) dalam menggerakkan jentera.

Ia antara yang menjadi kekuatan dalam memastikan Joohari mendapat mandat pada PRK tersebut.

"Dan boleh pertemukan antara rakan-rakan kepimpinan parti masing-masing dengan rakan-rakan kepimpinan yang lain, insya-Allah.

"Tetapi peranan dalam kalangan kepimpinan itu juga penting, jadi kena turun.. tapi itulah satu cabaran kita sebenarnya sekarang sebab sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung, jadi ada sedikit kekangan masa..tetapi saya yakin dan percaya Sungai Bakap ini ada potensi untuk kita ambil alih," katanya selepas menghadiri Ceramah Perpaduan di Dewan Serbaguna Sungai Buaya di sini.

Selain calon PH, ceramah turut disertai Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM