fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Jentera pilihan raya PH-BN miliki gerak kerja tersusun - Fadhlina

Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek

NIBONG TEBAL, 25 Jun - Jentera pilihan raya gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) bagi PRK N.20 Sungai Bakap memiliki gerak kerja yang tersusun.

Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek berkata beliau berpuas hati dengan gerakan kempen yang dijalankan pihak jentera parti setakat ini.

"Saya turun daripada awal dan meninjau sendiri segala gerak kerja baik di peringkat daerah mengundi juga dari segi kesatuan gerak kerja PH-BN dan juga penerimaan rakyat kepada kempen-kempen khususnya yang dilaksanakan oleh calon perpaduan ini menunjukkan kesan yang sangat positif dan sangat baik," katanya.

Bercakap pada sidang media di Sungai Bakap, di sini, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berharap pengundi di Sungai Bakap bijak memilih wakil rakyat yang benar-benar mampu mewakili mereka.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN