fb fb fb fb fb

Masyarakat perlu pemimpin berkualiti ke arah Sungai Bakap lebih baik

Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Fadhlina Sidek

SUNGAI BAKAP, 26 Jun- Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Fadhlina Sidek menyifatkan calon PH Dr Joohari Ariffin adalah paling layak untuk mendapat mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Kredibiliti yang ditonjolkan serta pengalaman dalam bidang pendidikan melebihi 30 tahun, mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Justeru, beliau optimis masyarakat setempat akan memilih calon yang berkompetensi tinggi itu.

Masyarakat memerlukan pemimpin berkualiti yang dapat memimpin Sungai Bakap ke arah lebih baik merangkumi aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, agama, perpaduan dan pendidikan.

"Wibawanya, santunnya dan juga hemah yang tinggi, budi bahasa ini adalah taruhan utama kita untuk menampilkan calon yang benar-benar mempunyai kredibiliti yang tinggi.

"Banyak isu saya dengar sepanjang kempen ini, tetapi tidak ada isu langsung bagi saya di pihak pembangkang ini yang dapat merobek kredibiliti Dr Joohari kita atau Cikgu Joo kita, tidak ada tuan-tuan dan puan-puan", katanya.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Pendidikan hadir ke ceramah perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di Taman Jawi Indah.

Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili PN dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.

ROSLINA BINTI DIN