GEORGE TOWN, 25 Jun- Momentum kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap oleh jentera parti-parti komponen bawah Kerajaan Perpaduan berada pada tahap paling baik.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Sungai Bakap Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) begitu baik dengan pelaksanaan gerak kerja berteraskan kepada perpaduan dan kerjasama.
Dalam pada itu semua rakan parti komponen BN juga akan bekerjasama dan turut membantu calon PH Dr Joohari Ariffin.
"Hubungan antara parti sangat mustahak, yang kedua hubungan dalaman yang kita tentukan dari gerak kerja, kempen mesti berteraskan perpaduan, kerjasama.
"...dan saya nak sebutkan bahawa, alhamdulillah semangat yang ditunjukkan antara BN dan PH begitu baik sekali. Hubungan dalaman kami sendiri merupakan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Menteri Pendidikan Tinggi dengan Industri Elektrik & Elektronik di sini.
PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.