fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Calon perlu dekati pengundi atas pagar

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian

GEORGE TOWN, 25 Jun - Kelebihan memahami dan menggarap budaya politik tempatan dengan baik, perlu dimanfaatkan kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin (PH) dan Abidin Ismail (PN)  dalam ‘pertandingan’ memancing undi.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan kedua-dua calon perlu lebih fokus selain ikhlas.

Perhatian juga perlu diberikan kepada pengundi atas pagar tanpa meminggirkan pengundi tegar.

"Kita harus melihat, mereka yang dianggap menjadi pengundi di atas pagar yang barang kali belum buat keputusan akan melihat kepada pelbagai perkara sebelum memutuskan bagaimana untuk mengundi pada 6 Julai nanti.

"Yang penting di sini, keputusan disitu mestilah rasional, praktikal dan bukannya bersifat emosional dan mereka harus melihat kehadapan supaya Sungai Bakap boleh dikembangkan dengan pembaharuan dan juga proses pemodenan secara berterusan," katanya ketika di temu bual di konti MutiaraFM, di sini.

Dr. Sivamurugan turut menjangkakan pengaruh media sosial akan terus memberi impak terhadap kempen setiap calon di PRK itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN