
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Industri kejuruteraan negara terus melakar sejarah di peringkat global apabila komponen motosikal rekaan sepenuhnya oleh anak tempatan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai produk tempatan pertama yang digunakan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP.
- Pencapaian tunjukkan kepakaran teknikal anak tempatan menghasilkan inovasi memenuhi piawaian permotoran antarabangsa.
- Reka bentuk fokus ergonomik kurangkan getaran dan keletihan tangan semasa tunggangan berkelajuan tinggi.
- Inspirasi dari seni reka tradisional Jepun tingkatkan cengkaman dan kawalan dalam persekitaran perlumbaan kompetitif.
- Proses saringan MBR lebih enam bulan sahkan data teknikal dan bukti penggunaan di kejohanan dunia.
Pengiktirafan tersebut diberikan susulan kejayaan penggunaan komponen pemegang grip oleh pasukan perlumbaan profesional merangkumi kategori Moto3, Moto2 dan MotoGP.
Menurut Pengurus Besar Jenama RCB, Marcus Leong, pencapaian itu membuktikan kepakaran teknikal anak tempatan mampu menghasilkan inovasi yang menepati piawaian ekstrem sukan permotoran antarabangsa.
“Berada dalam MotoGP sebenarnya membuatkan kami sangat bangga, tetapi sudah tentu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records membuktikan bahawa usaha kami tidak sia-sia.” katanya ketika ditemui pada Maljis Pelancaran Handle Grip RCB X Nagamaki di sini.
Pembangunan komponen tersebut yang bermula sejak Disember 2020 memberi penekanan khusus kepada aspek ergonomik dan prestasi bagi membantu pelumba
mengurangkan getaran serta keletihan tangan semasa tunggangan berkelajuan tinggi.
Inovasi tersebut tercetus hasil inspirasi daripada seni reka tradisional Jepun bagi memastikan tahap cengkaman dan kawalan yang lebih stabil dalam persekitaran perlumbaan yang kompetitif.
“Pada mulanya apabila pasukan kami bekerjasama dengan pasukan MotoGP, mereka mahukan sesuatu yang sangat mencengkam (grip) dan pada masa yang sama, ia mampu mengendalikan situasi berisiko tinggi serta mengurangkan keletihan dan juga pengurangan getaran.”
Bagi mendapatkan pengiktirafan MBR, proses saringan ketat dilakukan selama lebih enam bulan bagi mengesahkan data teknikal serta bukti penggunaan di
peringkat kejohanan dunia sebelum ia diperakukan secara rasmi.
Proses saringan berkenaan melibatkan siasatan mendalam bagi memastikan produk tersebut benar-benar memenuhi kriteria sebagai inovasi pertama dari Malaysia yang berjaya menembusi grid perlumbaan kelas dunia tersebut.
“Ini bukanlah satu pengiktirafan yang mudah diperoleh. Pihak MBR telah melakukan saringan ketat selama lebih enam bulan bagi mengesahkan keaslian reka bentuk serta kredibiliti produk ini sebelum ia diperakukan sebagai yang pertama dari Malaysia dalam kelasnya. tambahnya lagi