Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM56.67 bilion (konvensional) dan RM25.94 bilion (Islam).
  • BNM mengadakan tender repo berbalik RM2.0 bilion (7 hari) dan RM500 juta (33 hari).
  • Bank pusat menyediakan kemudahan repo berbalik, jual beli balik dan murabahah komoditi bercagar bagi tenor seminggu, sebulan dan tiga bulan.
  • Pada pukul 4 petang, BNM laksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM59.2 bilion dan murabahah semalaman RM26.2 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM56.67 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.94 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan melaksanakan tender repo berbalik RM2.0 bilion bagi tempoh tujuh hari serta RM500 juta bagi tempoh 33 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM59.2 bilion serta RM26.2 bilion bagi tender semalaman murabahah.- BERNAMA